Meninggal dunia Mohd Rauh Abu

Mohd Rauh Abu menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan pernah ditahan di wad selama sebulan kerana menghidap kanser tulang tahap empat.

Allahyarham Mohd Rauh Abu meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 3:45 petang 19 Disember 2014, akibat kanser tulang, dan meninggalkan balu serta lima anak, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Aub yang berusia 50 tahun.

Jenazah disolatkan di Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, selepas solat isyak.